JOHOR BAHRU, 24 SEPT: Kecuaian staf sebuah hospital di Korea Selatan menyebabkan seorang wanita yang mengandung hampir dua bulan hilang kandungannya yang digugurkan oleh doktor.
Menurut laporan The Star, pihak polis telah menahan seorang pakar ginekologi dan seorang lagi jururawat susulan dari kejadian menghayat hati tersebut, yang dilaporkan berpunca dari staf hospital tersebut tertukar carta pesakit dengan seorang lagi wanita yang kebetulan mahu menggugurkan kandungannya.
Siasatan awal mendapati wanita warga Vietnam tersebut – yang hamil enam bulan – pada asalnya dibekalkan dengan nutrisi tambahan pada Ogos 7.
Mangsa kemudian dipindahkan ke bilik pembedahan dimana doktor pakar dan jururawat tersebut didakwa tidak memeriksa identiti mangsa sebelum terus menjalankan pembedahan untuk mengggugurkan kandungan bayinya.
Wanita tersebut, pulang ke rumah setelah sedar dari pembedahan tersebut, tanpa mengesyaki kandungannya telah tiada dan hanya mengetahui perkara tersebut setelah kembali ke hospital keesokan harinya kerana mendapati terdapat tumpahan darah.
Sumber: The Star