BM | EN | 中文

Tertuduh pijak Al-Quran dan menghina agama Islam dihantar ke Hospital Permai untuk pemeriksaan mental

mahkamah-3.jpg

Tertuduh yang didakwa memijak Al-Quran dan menghina agama Islam diperintahkan ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 FEB: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintah tertuduh yang memijak Al-Quran dan menghina agama Islam dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Majistret, Nurasidah A Rahman mengeluarkan perintah tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya, Nurhayati Muhammad Fathullah.

Perintah itu dibuat terhadap tertuduh, Mohd Zulkifli Ali, 34, mengikut Seksyen 342 Akta Kanun Tatacara Jenayah.

Advertisement

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Zulkifli didakwa atas dua pertuduhan iaitu memijak Al-Quran di Hotel Sin Jo, Jalan Abiad, Taman Tebrau Jaya pada jam 8.40 pagi, 13 Februari lalu.

Tertuduh turut didakwa mengeluarkan kata-kata penghinaan dengan niat untuk melukakan perasaan keagamaan pada masa, waktu dan lokasi yang sama.

Ketika kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh mengangguk tanda faham namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Advertisement

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Majistret kemudian menetapkan tarikh 17 Mac untuk sebutan semula kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top