BM | EN | 中文

Teroka hutan simpan untuk tanam sawit di Mersing, KASA diminta nyata pendirian

kasa-mersing-tenggaroh.png
Advertisement

MERSING, 3 OKT: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) diminta mendedahkan kepada umum dasar-dasar kementerian itu terkait penerokaan hutan simpan bagi tujuan tanaman pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Tan Hong Pin berkata demikian merujuk kepada maklumat yang tular di laman media sosial oleh kumpulan aktivis alam sekitar mengenai sebuah kawasan hutan simpan seluas lebih 2,2454 hektar di Mukim Tenggaroh, Mersing bakal digondolkan bagi memberi laluan kepada pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Sehubungan itu Hong Pin meminta menteri KASA, Tuan Ibrahim Tuan Man mempertimbangkan dengan cermat cadangan pembalakan dan penanaman kelapa sawit di kawasan tersebut.

Advertisement

“Beliau juga wajar memastikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengambil tindakan sewajarnya dalam memelihara khazanah alam sekitar khususnya hutan-hutan simpan seperti di Mukim Tenggaroh, Mersing agar tidak tergadai demi manfaat jangka pendek,” kata Hong Pin.

Hong Pin yang juga bekas Exco Sains dan Teknologi negeri turut menggesa kerajaan negeri telus dalam mengendalikan cadangan tersebut terkait soal kelulusan, syarikat yang terlibat dan faedah timbal balas diterima oleh pihak kerajaan Johor.

Advertisement

Cadangan pemajuan itu di kawasan melibatkan Lot PTD 218 seluas 2,245.3 hektar di Mukim Tenggaroh Daerah Mersing oleh syarikat Nadi Mesra Sdn. Bhd.

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, Jabatan Alam Sekitar di Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada hari Khamis, 1 Oktober lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top