BM | EN | 中文

Ternyata perjuangan Umno Johor selama ini soal jawatan

UMNO-Johor.jpg.png
Advertisement

BATU PAHAT, 5 MEI: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Noor Khalim Sakib, berkata ternyata perjuangan Umno hari ini hanyalah demi jawatan dan bukannya memperjuangkan nasib rakyat.

Ia berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah bahawa kesepakatan Perikatan Nasional (PN) telah dibuktikan dengan pelantikan beberapa wakil rakyat dan pimpinan parti PN sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, perkara itu berbeza ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Johor yang mendahulukan rakyat dan ia dibuktikan apabila janji manifesto berjaya diselesaikan dalam masa 16 bulan.

Advertisement

“Manifesto yang dibawa oleh PH sebelum ini lebih menumpukan permasalahan rakyat.

“Sekiranya dilihat seperti perlaksanaan Universiti Johor, Kad Sihat, Tender Terbuka, Undi Rumah Mampu Biaya (RMB) secara telus dan bermacam lagi menggambarkan komitmen PH.

Noor Khalim Sakib

“Selepas dua bulan memerintah negeri ini, perbincangan Umno yang mengetuai PN hanya soal GLC atau penjawatan dalam kerajaan negeri.

Advertisement

“Perkara ini jelas menggambarkan yang selama ini Umno hanya bersandiwara mempermainkan rakyat demi kepentingan masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kenyataan Pemuda Umno itu seperti mereka sedang membahagikan kekayaan negeri kepada golongan mereka sahaja tanpa ada sebarang gerak kerja membela rakyat khususnya bangsa Melayu di negeri ini.

“Selama ini slogan membela Melayu hanya kosmetik untuk mendapat kuasa. Setelah mendapat kuasa perkara yang timbul adalah berkenaan dengan penjawatan. Slogan membela Melayu akhirnya pudar.

Advertisement

“Jika ukuran mereka hanyalah GLC dan penjawatan lain dalam kerajaan negeri, ternyata ia sama sekali rapuh kerana mereka membina kesepakatan hanya dengan kuasa dan jawatan.

“Kita boleh katakan bahawa kenyataan Pemuda Umno itu menggambarkan betapa tidak stabilnya kedudukan PN dan Umno di negeri ini mulai tergugat dengan agenda yang mereka aturkan sendiri,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top