TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP DIBUKA SEMULA
Dr Sahruddin ketika melawat TFAK semasa terminal itu dibuka semula, petang tadi

TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP DIBUKA SEMULA

 

PONTIAN, 7 NOV – Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) dibuka semula hari ini setelah penutupan sementara pada 1 September lepas.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, semalam beliau dimaklumkan feri dari Kukup dibenarkan berlabuh di Tanjung Balai kira-kira jam 5.50 petang setelah mengalami penutupan sementara.

“Jam 3.30 petang ini feri pertama dari Tanjung Balai akan tiba di TFAK setelah hampir dua bulan tidak beroperasi,” katanya ketika melancarkan pembukaan semula TFAK dengan pengendalian baharu, di sini, petang tadi.

Dr Sahruddin berkata, terminal ini akan beroperasi secara berperingkat yang mana ia bermula dengan lima slot sehari.

“Manakala, empat slot akan dibuka kepada operator feri lain yang berminat,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi terminal ini menawarkan laluan dari Kukup ke Tanjung Balai Karimun dengan jumlah penumpang seramai 130 hingga 170 orang sehala, bergantung kapasiti feri.

Penutupan sementara TFAK sebelum ini berikutan berlaku akibat beberapa isu teknikal yang kini dalam proses penyelesaian.

Oleh itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor pada 28 Ogos lepas telah bersetuju TFAK dikendali oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Sepanjang penutupan sementara itu, proses penambahbaikan TFAK giat dijalankan oleh PAJ.

Secara purata, dijangka 20,000 ke 30,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan TFAK.

JohorKini

 

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )