BM | EN | 中文

Terlibat sindiket ketum, tiga penjawat awam antara 17 ditahan polis Johor

Terlibat-sindiket-ketum-tiga-penjawat-awam-antara-17-ditahan-polis-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU,8 SEPT: Tiga penjawat awam antara 17 individu ditahan polls kerana dipercayai terlibat dalam sindiket memproses dan menjual ketum, dalam beberapa siri serbuan di lima daerah sejak 27 Ogos lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam tujuh serbuan bermula 27 Ogos sehingga Sabtu lepas di Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Tangkak itu, 13 lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga Indonesia, berusia antara 20 dan 56 tahun itu berjaya diberkas.

Turut dirampas dalam serbuan termasuk peralatan memproses ketum, 542.73 kilogram daun ketum berserta 300.8 liter air ketum dengan jumlah keseluruhan bernilai RM8,435.30.

Advertisement

Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala tiga lagi mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan membawa bekalan ketum dari utara tanah air menggunakan lori yang diisytiharkan sebagai barang perlu bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Harga semasa daun ketum adalah RM30 hingga RM80 sekilogram yang boleh menghasilkan 10 hingga 15 liter air ketum dijual di pasaran tempatan dengan harga antara RM15 hingga RM20 seliter,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semalam.

Advertisement

Ayob Khan berkata menerusi risikan yang dilakukan selama sebulan, tiga sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini dengan menjadikan rumah dan gudang sebagai lokasi pemprosesan dan turut menjalankan jualan dalam talian untuk kegiatan tersebut.

Beliau berkata kesemua individu terbabit direman tiga hingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top