BM | EN | 中文

Terlalu ramai menteri bercakap, baik lantik jurucakap khas vaksin Covid-19 – Lip Eng

lim-lip-eng-mp-kepong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Terlalu ramai individu seperti menteri berkata perihal isu vaksin Covid-19, berkemungkinan menimbulkan kekeliruan, kata ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Justeru itu katanya, pelantikan jurucakap khas berkenaan vaksin Covid-19 akan memastikan kesemua informasi dapat disampaikan dengan baik dan teratur tanpa sebarang percanggahan.

“Belajarlah dari kesilapan dahulu. Sesungguhnya koordinasi dalam menyampaikan maklumat itu penting bagi mengelakkan kekeliruan.

Advertisement

“Semestinya, lebih ramai orang akan percaya dan yakin terhadap keberkesanan vaksin Covid-19.

“Rakyat mesti dijaga, justeru informasi penting berkaitan vaksin Covid-19 perlu dijelaskan kepada rakyat dengan sebaik-baiknya,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Tanbah beliau, jurucakap khas vaksin Covid-19 yang dilantik itu akan menjelaskan informasi penting berkenaan vaksin Covid-19.

Advertisement

“Sekiranya kita lihat keadaan semasa, tidak banyak informasi berkenaan vaksin ini disampaikan kepada rakyat umum.

“Proses penerimaan vaksin secara menyeluruh termasuk jenis vaksin, bilangan dos, waktu penerimaan, senarai keutamaan, dan banyak lagi perlu diterangkan dengan sebaik mungkin supaya orang ramai dapat membina kepercayaan mereka terhadap vaksin ini,” ujarnya lagi.

Kata Lip Eng lagi, walaupun program vaksinasi Covid-19 sudah bermula, tetapi terdapat beberapa cabaran yang masih meresahkan banyak pihak.

Advertisement

“Cabaran utama yang kita perlu hadapi sekarang adalah masih ramai orang di luar sana yang tidak mempunyai keyakinan dan tidak percaya akan keberkesanan vaksin yang akan diberikan ini.

“Oleh itu, penting untuk pihak kerajaan memastikan informasi umum berkaitan vaksin ini disampaikan kepada rakyat dengan jelas,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top