BM | EN | 中文

TERLALU AWAL UNTUK TUBUH RCI KAJI KADAR KEMISKINAN NEGARA, KATA ANWAR

Anwar-Ibrahim.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini berkata masih terlalu awal untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kadar kemiskinan tegar negara yang dikatakan tidak tepat.

Menurutnya, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempersoalkan kadar kemiskinan tegar Malaysia sudah dibawa ke kaukus berkenaan.

“Kita sudah bawa (laporan kemiskinan) dua minggu lepas kepada Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, dan kita putuskan akan maklumkan ulasan kajian ini kepada semua ahli parlimen,” Anwar dipetik oleh Bernama.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui di Pusat Pameran Mines (MIECC), di Seri Kembangan, hari ini.

“Di peringkat ini, keputusan kita terlalu awal (tubuhkan RCI). Berikan ruang kepada Unit Perancang Ekonomi, pakar ekonomi termasuk dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk beri input supaya semua ahli Parlimen dapat ikutinya,” katanya lagi.

Perkara ini berbangkit dari laporan media dimana Pelapor Khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Prof Philip Alston berkata angka rasmi 0.4 peratus mengenai kemiskinan negara seperti yang direkodkan pada 2016, tidak tepat dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Advertisement

Malah, Alston turut mendakwa Malaysia mempunyai “kemiskinan yang ketara” dan kadar kemiskinan sebenar adalah kira-kira 15 peratus.

Dakwaan Alston mengundang pelbagai reaksi, termasuk gesaan suapaya RCI ditubuhkan bagi mengkaji laporan isu tersebut.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top