BM | EN | 中文

Terkini 14,423 kes Covid-19 di Singapura

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 APR: Singapura melaporkan 799 kes baharu Covid-19 pada hari Isnin (27 April), menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu kepada 14,423 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu yang dipetik Channel News Asia melaporkan dua lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit itu di Singapura kepada 14 orang.

Dua kes tersebut iaitu pesakit 1595 dan 9682 adalah lelaki tempatan, masing-masing berusia 82 dan 81 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Advertisement

MOH turut menyatakan, sebilangan besar kes baharu adalah terdiri daripada pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Dalam pada itu terdapat 18 jangkitan dengan 14 kes terdiri daripada warga Singapura atau penduduk tetap, sementara empat kes lain adalah pemegang pas kerja.

Sebanyak 764 kes dilaporkan Isnin lalu melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama, sementara 17 lagi adalah pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

Advertisement

Dari kes-kes terbaru, 51 peratus dikaitkan dengan kelompok yang diketahui, sementara selebihnya masih menunggu laporan jejak kontak.

Secara keseluruhan, 1,095 telah pulih sepenuhnya dari jangkitan dan telah dikeluarkan dari hospital atau pusat pengasingan.

Kini masih terdapat 1,451 kes yang dirawat di hospital dengan sebilangan besar berada dalam keadaan stabil atau bertambah baik, manakala 20 berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Advertisement

Sementara itu, 11,863 pesakit dikuarantin dan sedang dirawat dengan kebanyakan mereka mengalami gejala ringan atau secara klinikal sihat namun masih positif Covid-19.

Singapura kini berada dalam fasa ‘pemutus litar’ atau ‘circuit breaker‘ untuk membendung penularan Covid-19.

Arahan oleh kerajaan republik itu yang dijadualkan berakhir pada 4 Mei namun telah dilanjutkan sehingga 1 Jun.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top