BM | EN | 中文

Terima PATI bekerja di ladang, kerajaan digesa jangan layan permintaan industri

Syed-Othman-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 17 NOV: Kerajaan diminta untuk tidak melayan permintaan pihak industri yang mahukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan.

Pengerusi Biro Pekerja dan Pengguna, Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Syed Othman Abdullah berkata, keputusan itu jika dilaksana akan bertentangan dengan pendirian kerajaan.

Katanya, PATI yang jelas memasuki negara ini secara haram atau mereka yang sudah tamat tempoh perkhidmatan tidak perlu diberikan pilihan untuk terus menetap di negara ini.

Advertisement

“Sampai bila kita akan menerima lambakan pekerja asing sedangkan rakyat kita pun sudah banyak yang hilang pekerjaan.

“Dalam kenyataan dari menteri tersebut, empat sektor utama yang membabitkan PATI ini yang diberikan kelonggaran iaitu binaan, kilang, ladang dan pertanian. Adakah benar empat sektor ini tidak membabitkan rakyat negara kita?

“Bagaimana dengan pengambil upah atau buruh warganegara, pekerja kilang dari orang tempatan, pengambil upah dari ladang dan pertanian? Apakah kerajaan sudah meneliti secara menyeluruh berkenaan hal ini?

Advertisement

“Kenyataan kerajaan ini seperti mereka mendengar cakap-cakap atau nasihat dari pihak industri. Seharusnya prioriti diberikan kepada tenaga kita terlebih dahulu. PATI masuk ke dalam negara kita secara haram dan mereka bukan warga asing yang sah,” ujarnya ketika dihubungi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui kementeriannya sebelum ini berkata, Pelan Rekalibrasi PATI dari 16 Nov hingga 30 Jun tahun depan akan dilaksanakan.

Hamzah berkata bahawa ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen, Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia dan agensi kerajaan lain tanpa penglibatan pihak ketiga dan vendor.

Advertisement

Terdahulu sebelum itu, ketua pegawai eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia, Mohamad Nageeb Wahab berkata, industri itu kehilangan sebanyak 25 peratus potensi hasil minyak sawit kerana masalah kekurangan buruh.

Kata Nageeb, kerugian akan meningkat sekiranya langkah kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing tidak ditarik balik, selain menambah bahawa negara sedia mengalami kekurangan sekitar 36,000 pekerja sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Dalam pada Syed Othman turut menggesa agar kerajaan mempertimbangkan penanda aras gaji kepada empat sektor terbabit sekiranya mereka mahu mengambil tenaga kerja rakyat negara ini.

Advertisement

“Isunya gaji yang diberikan tidak setimpal dan ia menyukarkan pihak industri tersebut mendapat tenaga kerja dari kalangan rakyat Malaysia.

“Warga asing mereka boleh berikan gaji yang rendah. Itulah permintaan dari pihak industri tersebut kepada kerajaan bagi menerima PATI atau warga asing.

“Kerajaan perlu mendesak agar pihak industri tersebut memberikan keutamaan kepada rakyat Malaysia melalui gaji yang setimpal bukan sibuk mahu menerima PATI sebagai pekerja di negara ini.

Advertisement

“Hanya pekerja asing yang sah sahaja yang dibenarkan berada dalam negara. Setiap dari mereka ini mestilah punya rekod lengkap dimana tempat kerja, serta asrama pekerja yang sah berdaftar dengan agensi.

“Rekod ini boleh dikongsi oleh pihak imigresen, jabatan tenaga buruh, pihak berkuasa tempatan dan pengusaha hostel melalui sistem online supaya memudahkan kita mengesan dan mencari di mana setiap pekerja asing yang berada di negara kita,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top