BM | EN | 中文

“Terima kasih YB sebab ziarah kami”

Aminolhuda-Hassan-menziarahi-isteri-anggota-Polis-Di-Raja-Malaysia-PDRM-yang-kemalangan-1-November-yang-lalu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 NOV: Kehadiran Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan menziarahi isteri anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang kemalangan 1 November lalu kektika menjalankan tugas.

Menurut isteri kepada Mohd Fadhirul Musa, Noriha Mohamad Razali, 32, berkata, kehadiran Adun Parit Yaani itu amat berharga buatnya.

Katanya, suaminya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) menunjukkan tanda positif dan kini beransur pulih.

Advertisement

“Saya berterima kasih kerana YB (Aminolhuda) kerana sudi menjenguk keluarga kami yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Saya juga terharu apabila YB melahirkan rasa simpati kepada keluarga saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB.

“Saya mengharapkan suami saya kembali pulih seperti sediakala selepas apa yang berlaku terhadap diri beliau dan ini adalah ujian yang terpaksa kami tempuh,” katanya.

Advertisement

Aminolhuda ketika ditemui menyatakan perasaan sedih beliau dengan apa yang berlaku, kerana Mohd Fadhirul adalah anggota polis yang baik serta amanah dalam menjalankan tugasnya.

Beliau turut menyatakan agar kerajaan menyemak semula kelengkapan keselamatan untuk pihak polis khususnya kepada kenderaan peronda.

Noriha Mohamad Razali

“Kita mendapat maklum bahawa terdapat juga anggota yang melahirkan rasa bimbang mereka terhadap keselamatan kereta peronda (MPV) yang dinaiki mereka.

Advertisement

“Kerajaan perlu membuat semakan semula berkenaan kelengkapan keselamatan terhadap penguatkuasa polis agar mereka boleh menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang selesa dan selamat.

“Lihat apa yang berlaku kepada Lans Koperal Mohd Fadhirul Musa dan rakannya mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat yang berhadapan saat getir dalam mengejar suspek sehingga meragut nyawa salah seorang di antaranya.

“Kita tidak mahu perkara ini berulang. Sudah tiba masa kerajaan memikirkan untuk penambah baikan ciri-ciri keselamatan terhadap kelengkapan polis,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top