BM | EN | 中文

TERIMA KASIH TUN M KERANA MAHU TURUN BERI SOKONGAN-KARMAINE

Karmaine-1.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 5 NOV: Calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini menyambut baik kenyataan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu turun berkempen bagi pihaknya.

Jelas Karmaine, pengumuman dibuat Dr Mahathir merupakan satu bonus buat dirinya yang bertanding mewakili parti kerajaan.

Advertisement

“Saya berbesar hati dan berterima kasih, beliau telah memilih saya selaku calon dan kini akan datang memberi sokongan.

“Selaku Perdana Menteri dan ketua parti, kunjungan beliau ke sini akan menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengekalkan kerusi PH di Parlimen Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri program walkabout di sekitar Terminal Feri Antarabangsa Kukup, di sini, hari ini.

Advertisement

Semalam, Dr Mahathir memberitahu, beliau akan turun berkempen bagi PRK Parlimen Tanjung Piai sekurang-kurangnya sekali dalam sidang media di Bangkok, Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35.

Tambah Karmaine, pihaknya turut berharap pengundi akan memilih dirinya selaku Ahli Parlimen bagi membolehkan pelbagai pembangunan dilakukan di kawasan setempat.

“Kalau pilih PH mudah untuk pembangunan dilaksanakan, tetapi kalau pilih pembangkang faham-faham sahajalah,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top