BM | EN | 中文

“TERIMA KASIH PERHATIAN KHUSUS BUAT DUN JOHOR LAMA”

IMG-20191123-WA0006.jpg
Advertisement

 

KOTA TINGGI, 23 NOV : Adun Johor Lama, Rosleli Jahari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Johor yang memberikan perhatian khusus terhadap keperluan penduduk di DUN berkenaan dalam Belanjawan Johor 2020 dibentangkan semalam.

Rosleli berkata, antara projek diumumkan termasuk pembinaan jambatan pintasan baru yang bakal menjadi mercu tanda di daerah ini.

Advertisement

Turut diumumkan pembinaan jalan dari Johor Lama ke Guntung Nenas susur keluar di Kampung Sungai Sembilang ke Felda Air Tawar 2.

Katanya, kajian projek air dari Sungai Sedili ke Gembut untuk saluran ke Gugusan Waha dan Lokheng juga amat penting kerana masalah air memang menjadi isu di kawasan berkenaan.

“Semasa taklimat bajet bersama menteri besar dan ketua-ketua jabatan, menteri besar juga memaklumkan Perdana Menteri ada rancangan jangka panjang iaitu membina Empangan Ulu Sedili.

Advertisement

“Selain itu penduduk juga bakal menikmati kemudahan baharu melalui pembinaan Klinik Kesihatan Kota Tinggi di Kota Kecil bagi menggantikan peranan pusat pesakit luar di Hospital Kota Tinggi (HKT) yang sentiasa sesak.

“Di klinik baru juga akan ada penempatan doktor sepenuh masa,” katanya ketika dihubungi Johorkini.

Tambahnya, beliau mendapati belanjawan yang dibentangkan bersifat menyeluruh dan menyantuni setiap lapisan masyarakat sama ada nelayan, petani, peneroka Felda, warga emas, dewasa dan kanak-kanak termasuk wanita dan belia.

Advertisement

“Belanjawan Johor 2020 merupakan satu bajet yang cukup praktikal dan kesinambungannya akan mudah dilanjutkan kerana kerangka yang dibina lengkap dan tepat,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top