BM | EN | 中文

Terima kasih pembayar zakat – Exco

IMG-20200217-WA0013.jpg

Tosrin Jarvanthi merakam gambar bersama penerima kunci rumah transit Baitul Rahmah, Kampung Tenglu.

Advertisement

MERSING, 17 FEB: Sebanyak RM3.5 juta wang zakat yang dikeluarkan orang ramai telah digunakan untuk membina rumah transit Baitul Rahmah di Kampung Tenglu di sini dalam usaha membantu golongan asnaf.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, rumah transit berkenaan dibina atas tanah kerajaan dengan keluasan kira-kira lima ekar.

Menurutnya, terdapat 32 unit rumah dibangunkan bagi fasa 1 manakala fasa 2 pula melibatkan pembinaan 20 unit rumah.

Advertisement

“Setiap rumah transit ini berkeluasan 600 kaki persegi dan dilengkapi dengan tiga bilik, satu bilik air, ruang tamu dan dapur.

“Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat kerana atas jasa pembayar zakat inilah kita dapat melaksanakan skim bantuan ini,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Permai berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit Baitul Rahmah Fasa 2 Majlis Agama Islam Negeri Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambahnya, dengan adanya kesedaran dan sokongan padu oleh pembayar zakat maka penempatan transit untuk para asnaf yang memerlukan dapat dibina.

Jelasnya, sekiranya dalam tempoh dua tahun para asnaf berkenaan berjaya keluar dari garis asnaf, maka kemudahan rumah transit itu akan dapat membantu asnaf lain pula.

“Saya berharap para penerima kunci rumah ini memahami konsep rumah transit ini dan berusaha untuk memajukan diri dan keluarga ke aras kehidupan yang lebih baik,” katanya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top