BM | EN | 中文

Terima kasih Malaysia!

IMG-20200227-WA0005-1.jpg

Pesakit yang sembuh daripada Covid-19 setelah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB: Pesakit kes ke-20 yang telah sembuh dari Covid-19 telah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana telah menjaga dan merawat beliau hingga sembuh.

Menurut perutusan penghargaan yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Portal Myhealth, pesakit tersebut melahirkan rasa gembira dan lega apabila dimaklumkan pulih sepenuhnya dari jangkitan Covid-19.

“Semasa menerima rawatan, staf hospital sentiasa membantu dan bertindak profesional serta banyak memberi sokongan emosi.

Advertisement

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha melindungi pesakit dan orang awam daripada wabak Covid-19,” katanya menerusi portal berkenaan.

Pesakit kes ke-20 ini merupakan warganegara China dan telah menjalani rawatan jangkitan Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Di perenggan akhir penghargaannya, pesakit tersebut menggalakkan orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan wabak Covid-19.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top