BM | EN | 中文

Terharu, terima kasih terima sumbangan

sumbangan-econsave-1.jpg
Advertisement

PONTIAN- Ibu bapa kepada Alesha Iezarah yang menghidap penyakit jantung berlubang serta tiga penyakit lain terharu dan berterima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan kepada bayi mereka yang berusia lapan bulan itu.

Ibu Alesha Iezarah, Roziana Mohd Amin, 33 dan suami Mohd Salleh Mustari, 43 berkata, bantuan yang disalur pelbagai pihak sebelum ini membolehkan anaknya dapat dihantar ke Institut Jantung Negara( IJN) bagi mendapatkan rawatan dan seterusnya menjalani pembedahan.

“Buntu memikirkan bagaimana hendak ke IJN. Difahamkan kos pembedahan dianggarkan mencecah RM11,000. Syukur ramai yang telefon dan beritahu hendak membantu.

Advertisement

“Mulanya ada yang kata saya tipu, tetapi selepas tunjukkan  surat dari hospital baru mereka percaya. Sebanyak RM5,000 sudah dikumpul selepas cerita anak saya tersiar,” katanya.

Terdahulu, JohorKini melaporkan kisah bayi terbabit selain menghidap penyakit jantung, turut mengalami masalah saluran darah, salur pernafasan sempit dan kedua-dua belah kaki membengkok.

Bapanya hanya bergantung pendapatan mencari daun nipah dan mereka turut mempunyai tiga orang anak yang menghidap penyakit sawan iaitu Aliyah Maisara, 15, Aliyah Syahirah, 13 dan Mohd Khairul Amin, 5.

Advertisement

Keluarga terbabit turut menerima lawatan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Zulkifly Tasrep yang juga Ketua Bahagian Bersatu Pontian bagi menyampaikan sumbangan RM1,500 daripada Yayasan Harapan Pontian.

Manakala, Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam turut menyerahkan barang keperluan harian dan bayi bernilai yang RM1,000 pada lawatan berkenaan.

Kedua-dua pihak itu berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top