BM | EN | 中文

Tergelincir ketika baiki jeti nelayan, Naib Ketua Armada Kota Tinggi dikhuatiri lemas

naib-ketua-armada-kota-tinggi-dikuatiri-lemas.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 11 DIS: Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Zulfikrie Buang, 24, dipercayai tergelincir akibat licin ketika sedang melakukan kerja membaiki jeti berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata bomba menerima panggilan kejadian itu jam 5.04 petang.

Advertisement

Susulan itu, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamatkan mangsa dengan operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa berusia 24 tahun yang dipercayai tergelincir dari perancah ketika membuat kerja membaik pulih jeti Tanjung Balau.

“Bomba dimaklumkan keadaan di lokasi ketika kejadian adalah hujan lebat dengan laut berombak dan angin kuat.

Advertisement

“Semalam, cuaca hujan dan laut bergelora berserta angin kuat sekali gus menyukarkan misi mencari dan penyelamat.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau.

“Bagaimanapun operasi diteruskan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan tindakan susulan sedang dibuat untuk meneruskan pencarian mangsa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top