BM | EN | 中文

Terdesak pinjam ah long, hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19

IMG-20200805-WA0002.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OGOS: Kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19, selain perlu membayar sewa rumah, ansuran kereta dan kebajikan ibu yang tidak sihat, seorang lelaki terdesak untuk meminjam ah long bagi mendapatkan wang.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sia, 42, memberitahu, pada awalnya dia hanya meminjam sebanyak RM2,000 untuk melunaskan komitmen bulanannya.

“Setelah terdesak untuk membayar pinjaman pertama, saya terpaksa meminjam kepada pihak lain dan begitulah yang berlaku sehingga keseluruhan pinjaman berjumlah RM14,000 melibatkan sembilan ah long berbeza.

Advertisement

“Setelah menerima ugutan dengan kata-kata kesat, rumah disimbah cat dan pintu dikunci, saya bimbang akan keselamatan bukan saja diri tetapi juga ibu yang tinggal bersama,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon, di Jalan Maju, di sini baru-baru ini.

Tambah Sia, sebelum membuat keputusan meminjam dengan ah long, dia telah memohon bantuan keluarga terdahulu namun gagal mendapatkan bantuan kewangan diperlukan.

Advertisement

Sementara itu, Chee Boon berkata, pihaknya menerima peningkatan aduan individu yang meminjam ah long sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

“Dalam tempoh tiga bulan ini, saya telah menerima lebih daripada 30 aduan, melibatkan mangsa yang diugut ah long setelah gagal membayar pinjaman mereka.

“Jumlah ini meningkat berbanding sebelum PKP dilaksana. Majoriti membuat keputusan meminjam ah long kerana tiada pilihan lain, termasuklah mereka bergelar ‘ketua keluarga’,” tambahnya.

Advertisement

Dalam masa sama, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan ah long walaupun mempunyai masalah kewangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top