BM | EN | 中文

Terbukti PAS hanya bersandiwara dalam isu RUU 355

Azam-Razak.png

Pengarah Syariah Amanah Johor, Azam Razak

Advertisement

MERSING, 27 MAC: PAS dilihat hanya sebagai parti yang mempermainkan emosi penyokong mereka apabila memberikan pelbagai alasan dalam isu menggubal Rang Undang-Undang pemerkasaan mahkamah syariah atau dikenali sebagai RUU 355.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Razak berkata perkara itu sememangnya sudah dijangka.

Beliau berkata, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad hanya berdalih ketika disoal mengenai perjuangan utama parti itu sebelum ini.

Advertisement

“Hari ini mereka menjadi kerajaan. Mengapa sebelum ini sewaktu menjadi pembangkang, mereka (PAS) tidak pernah memikirkan soal mahkamah sivil dan sebagainya?

“Hari ini dalil apa lagi yang mahu dikeluarkan PAS bagi menyakinkan orang ramai berkenaan dengan RUU 355? Ia akan terus dituntut kerana itu janji mereka.

“Sebelum ini PAS banyak menuduh Pakatan Harapan (PH) sebagai munafik, namun kini kata-kata munafik itu berpindah kepada mereka pula, apatah lagi mereka sehingga kini menggunakan agama Islam sebagai perisai,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Azam berkta, apa yang berlaku hari ini adalah hikmah sehingga memaparkan wajah sebenar PAS sebagai sebuah kerajaan.

“Hari ini semua tahu PAS tidak mampu kotakan janji-janji mereka yang selama ini mereka pesonakan kepada rakyat. Ini hikmah.

“Tahniah PAS kerana berjaya mempermainkan rakyat dengan kata-kata mereka yang indah, namun tiada isi,” katanya lagi.

Advertisement

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad dilaporkan berkata, perjuangan PAS sebenarnya jauh lebih besar daripada isu RUU 355 iaitu bagi mengharmonikan undang-undang sivil dengan undang-undang syariah.

Kamaruzaman memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary bahawa rangka pemerkasaan undang-undang syariah meliputi pelbagai aspek termasuklah strukturnya, bidang kuasanya, serta pelaksanaannya.

Katanya, selain jawatankuasa khas pemerkasaan mahkamah syariah, satu lagi jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan, iaitu jawatankuasa untuk mengharmonikan undang-undagn sivil dan undang-undang syariah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top