BM | EN | 中文

TEORI PENDEK KENAPA ANAK JOHOR KELAKAR

sepah.png
Advertisement

Oleh: Mesin Cetak

Sepuluh tahun belakangan ini, pelawak jadi mahal.  Kalau tonton filem-drama antara 80an hingga 90an, pelawak hanyalah pelakon tambahan, buat tambah rencah saja. Apatah lagi, rata-rata orang Malaysia anggap pelawak tidak perlu pakej rupa paras – tidak seperti pelakon, penyanyi atau wartawan Johorkini. Malah, makin ‘barai’ rupanya makin kelakar.

Sekarang, pesona lawak sudah berubah. Pelawak bukan hanya ‘si muka tembok’ terkinja-kinja untuk buat orang gelak. Seni lawak makin dapat perhatian, membesar lalu jadi industri.

Advertisement

Tidak percaya?

Buktinya,deejay radio, pengacara dan pelakon mula didominasi oleh mereka yang kelakar. Sana sini orang terbahak-bahak.   Itu belum dicampur dengan pelawak-pelawak yang mula bergiat sebagai model iklan dan penyanyi.

Dalam industri ini, ada sesuatu yang agak mencolok. Ramai pelawak yang bikin perut senak datangnya dari Johor. Antaranya Jepp (Sepahtu), Shuib (Sepahtu), Ajak (Shiro), Tauke (Jambo), Shahrul (Shiro), Angah (Raja Lawak) dan banyak lagi.

Advertisement

Baiklah, mungkin kita boleh kata fenomena ini kesan dari kebanjiran program realiti TV yang lahirkan bakat baru. Tapi kalau kita jejak lagi, Mat Sentul, pelawak futuristik era hitam-putih berasal dari Johor. Oh ya, tidak lupa juga Juara Funniest Person In The World 2016, Harith Iskander juga dari Johor.

Hal ini mengundang tanya, kenapa orang Johor kelakar? Apakah bakat kelakar ini macam asteroid jatuh dari langit menghempas Selatan Semenanjung? Atau, apakah bakat kelakar ini terbentuk lama dalam budaya orang Johor?

Kemungkinannya begini;

Advertisement

Jauh dulu, sebelum manusia kenal komputer, telefon bimbit dan televisyen – ada suatu bidang seni hebat lagi meriah di selatan tanah air. Kerjanya sama macam tukang lawak zaman kini, menghiburkan hati gundah nan lara. Mereka digelar penglipur lara.

Antara pelawak dan penglipur lara, ada persamaan jelas. Kedua-duanya seni lisan, handal bercerita. Kehebatan penglipur lara bukan biasa-biasa. Kebanyakan mereka mengusai lebih 50 cerita rakyat/satira agar persembahan lancar dan pastinya kelakar lagi menghiburkan.

Persembahan seni cakap penglipur lara pernah jadi sangat terkenal dalam kalangan penduduk  Batu Pahat, Johor sekitar 1950an. Cikgu Ali (Ali Badron Sabor) dan Pak Arab antara lagenda penglipur lara yang membudayakan seni cakap ini di sekitar Batu Pahat dan Yong Peng. Cikgu Ali dikatakan mampu menghafal lebih 400 cerita rakyat pertama kali persembahkan ceritanya pada 1951.

Advertisement

Bukan hanya handal cerita, penglipur lara perlu handal berpantun, bersyair bernazam secara spontan semasa bercerita, sama macam pelawak masa kini. Bezanya, bahasanya lebih halus dan maknanya banyak lapis. Bab ini akan kita kupas dalam tulisan akan datang.

Budaya dibentuk dari sejarahnya. Selain dari kekayaan Johor dengan hikayat dan cerita rakyat tempatan, demografi Johor yang tidak putus pedagang jadi asbab masuknya bahan-bahan kelakar dan sinikal dalam budaya masyarakat sini.Pasti kita ingat dengan tokoh 1001 Malam, Abu Nawas yang masuk ke Tanah Melayu melalui Singapura dan masuk ke tanah Johor berkat percetakan Sulaiman Mari sekitar 1917.

Khazanah cerita dari dalam dan modal kelakar dari luar jadi bahan persembahan. Tanpa TV dan teknologi, cerita ini berpindah dari mulut ke mulut cambah jadi budaya. Dari budaya ini, lahirlah masyarakat sarkastik lagi kuat ‘menganjing’, yang kadang-kadang buat kita ketawa dalam geram.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top