BM | EN | 中文

Teo Nie Ching serah bantuan pendidikan kepada mahasiswa dan mahasiswi di parlimen Kulai

Teo-Nie-Ching-serah-bantuan-pendidikan-kepada-mahasiswa-dan-mahasiswi-di-parlimen-Kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 22 OKT: Seramai 53 mahasiswa dan mahasiswi telah menerima bantuan sumbangan pendidikan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai.

Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata sumbangan pendidikan itu merupakan program sepanjang tahun yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai.

“Para penerima terdiri dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau B40. Sumbangan yang diberikan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibu bapa.

Advertisement

“Di samping itu, saya sendiri dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Kulai untuk membantu meringankan beban golongan B40 yang ada dalam kawasan Parlimen saya,” kata Nie Ching.

Dalam perkembangan terbaru, Teo Nie Ching turut menyerahkan bantuan kepada 19 mahasiswa dan mahasiswi pada satu majlis di pejabatnya pada 11 Oktober yang lalu

Katanya, sumbangan itu diharap dapat memperbaiki standard pendidikan anak-anak Kulai dalam semua bidang.

Advertisement

“Ia juga sebagai tanda prihatin dari pihak saya yang diharapkan dapat memberi satu pemangkin semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan baik.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top