BM | EN | 中文

Teo Nie Ching nafi beri berus tidak halal di sekolah

komuniti-01-scaled.jpg
Advertisement

KULAI, 22 JAN: Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya memberi berus percuma di sekolah dengan menyembunyikan logo tidak halal di sebalik pelekat.

Ahli Parlimen Kulai itu membuatkan penafian tersebut dalam sebuah kenyataan dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya.

Katanya, perbuatan itu merupakan satu fitnah jahat dengan niat untuk membuat provokasi perkauman.

Advertisement

“Sehubungan itu, satu laporan polis berkenaan perkara ini telah dibuat oleh pegawai saya di Balai Polis Putrajaya, malam tadi.

“Saya menyerahkan kepada polis untuk meneruskan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Facebook Komuniti Melayu Semenanjung atas fitnah jahat ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Nie Ching turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak untuk tidak cuba membuat provokasi perkauman seperti itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top