BM | EN | 中文

Teo Nie Ching harap jalan Kulai hingga Ayer Bemban yang rosak teruk dibaiki segera

Teo-Nie-Ching-harap-jalan-Kulai-hingga-Ayer-Bemban-yang-rosak-teruk-dibaiki-segera.jpg
Advertisement

KULAI, 15 DIS : Ahli parlimen Kulai, Teo NIe Ching berharap keadaan jalan di antara Kulai sehingga ke Ayer Bemban yang rosak teruk dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan masyarakat di kawasan ini.

Menurut beliau, pada tahun 2020 peruntukan sebanyak RM4,262,508.00 telah diluluskan untuk pembaikan turapan di Jalan Persekutuan Daerah Kulai FT001 JB – SEREMBAN oleh Kementerian Kerja Raya.

Manakala kerja pembaikan jalan telah dilakukan tahun ini termasuklah seksyen 20.00-25.00 (Senai), seksyen 34.00-35.00 (Bandar Kulai), seksyen 40.00-42.00 (Kelapa Sawit), seksyen 45.00-48.00 (Kelapa Sawit & Ayer Bemban), seksyen 50.00-51.00 (Ayer Bemban).

Advertisement

Menurut Nie Ching, Jalan Persekutuan Johor Bahru – Seremban (FT001) yang rosak dan keadaan struktur jalan yang kurang memuaskan telah lama diperjuangkan.

“Jalan ini merupakan jalan yang paling sibuk dan jalan utama di kawasan Kulai.

“Susulan surat dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Mantan Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkaitan permasalahan ini

Advertisement

“Pada 1 Ogos 2019, kerja-kerja pembaikan jalan tersebut telah dimasukkan ke dalam bajet tahun 2020 dan sekarang telah disiapkan sepenuhnya.

“Bagi tahun 2018 sehingga tahun semasa (2020), jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk pembaikan turapan di laluan FT001 adalah RM1,990,000.00 (2018), RM1,800,000.00 (2019) dan RM4,262,508.00 (2020).

“Penambahan sebanyak RM2,462,508 atau 236 peratus jika berbanding dengan jumlah peruntukan tahun 2019 yang diluluskan untuk pembaikan turapan di laluan FT001 di Kulai.

Advertisement

“Walaubagaimanapun, beberapa seksyen jalan di laluan FT001 di Kulai yang perlu ditambahbaik antara jalan di hadapan Hospital Kulai belum dimasukkan dalam bajet tahun ini.

“Saya telah membuat satu surat bertarikh 1 September 2020 untuk menanyakan kepada Pejabat JKR Kulai berkaitan jalan ini dan menerima maklum balas daripada pihak JKR Kulai pada 11 Oktober 2020 menyatakan untuk kerja jalan ini akan dimasukkan ke tahun 2021.

“Kami berharap keadaan rosak teruk jalan ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan masyarakat Kulai,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top