BM | EN | 中文

Tengkorak manusia ditemui dekat lebuh raya PLUS, dipercayai mangsa kemalangan 10 bulan lalu

Tengkorak-manusia-ditemui-dekat-lebuh-raya-PLUS-dipercayai-mangsa-kemalangan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 SEPT: Satu tengkorak manusia ditemukan pekerja penyelenggaraan lebuh raya di KM122.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Yong Peng – Pagoh, dekat Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata tengkorak berkenaan dipercayai milik pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira 10 bulan lepas, iaitu sekitar Mei atau Jun 2020.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 1.10 tengah hari ketika pekerja berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan longkang di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya.

Advertisement

“Tengkorak dijumpai berhampiran dengan sebuah kereta yang terlindung di sebalik semak bercerun, kira-kira 67 meter dari lebuh raya.

“Dipercayai pemandunya hilang kawalan dan terbabas lalu terjatuh di bawah cerun lebuh raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Ismail, polis sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa melalui pemilik kenderaan yang telah dikesan.

Advertisement

“Pemilik kereta terbabit telah dikenal pasti dan polis kini sedang menunggu waris untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Dalam masa sama, siasatan turut dilakukan terhadap laporan orang hilang yang dilakukan pada Jun tahun lepas kerana berkemungkinan ada kaitan dengan kejadian kemalangan ini,” katanya.

Ismail berkata tengkorak itu kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Patalogi, Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top