BM | EN | 中文

Tender bina pusat pelupusan sisa pepejal Bukit Payung telah dibuka?

Bukit-Payung-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 2 OGOS: Tender bagi pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal ‘waste to energy’ di Bukit Payung di Batu Pahat telah dibuka, menurut satu dokumen yang diterima Johorkini.

Tawaran tersebut dengan tajuk ‘Projek Waste To Energy (WTE) di Bukit Payong, Batu Pahat, Johor Secara Kerjasama Awam Swasta’ dikeluarkan oleh Jabatan Penguruan Sisa Pepejal Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dokumen itu turut menyatakan tarikh pendaftaran bagi mendapatkan maklumat tender adalah pada 10 Ogos 2020 (Isnin) dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Batu Pahat, Johor.

Advertisement

Dalam dokumen yang dilihat Johorkini, Pelawaan Untuk Mengemukakan (Request for Proposal) itu dibuka kepada syarikat yang mematuhi syarat mempunyai sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan ekuiti oleh syarikat tempatan.

Selain itu, petender perlu berpengalaman dalam pengurusan sisa pepejal berkaitan pengurusan fasiliti rawatan sisa pepejal dan tapak pelupusan selain menguruskan fasiliti pengurusan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi serupa seperti dicadangkan oleh petender dengan kapasiti minimum sebanyak 800 tan sehari.

Syarat lain ialah teknologi yang dicadangkan mempunyai rekod prestasi sekurang-kurangnya tiga tahun dan reknologi yang dicadangkan boleh beroperasi sekurang-kurangnya 8,000 jam setahun.

Advertisement

Johorkini kini sedang mendapatkan respon dari pegawai khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin.

Isu penentangan penduduk sekitar terhadap cadangan pembinaan pusat pelupusan sampah Bukit Payung, berlarutan semenjak 2012.

Kerajaan BN pada waktu itu berkata projek berkenaan sudah bermula dengan kontraktor sudah dilantik dan dijangka beroperasi mulai 2020.

Advertisement

Ia kemudiannya ditangguhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Jun 2018 berikutan bantahan berterusan dikemukakan penduduk kawasan berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top