BM | EN | 中文

TEMUI JOHORKINI DI HARI UTC BERSAMA PELANGGAN 2019

hari-bertemu-pelanggan-utc-johor.jpg

JOHOR BAHRU, 6 OKT: Orang ramai terutamanya di Johor dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai ke Hari UTC Johor Bersama Pelanggan 2019.

Program tersebut akan berlangsung selama dua hari bermula esok, 7 Disember sehingga 8 Disember 2019 bertempat di Altrium 1, Galleria Kotaraya, Johor Bahru dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan masuk adalah percuma.

Pelbagai reruai pameran daripada agensi-agensi yang bernaung di bawah UTC Johor antaranya Jabatan Penerangan, JobsMalaysia, Majlis Amanah Rakyat dan banyak lagi.

Johorkini akan turut membuka reruai, dan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan iklan boleh mendapatkan maklumat lanjut di ruang pameran kami.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti pameran produk, saringan kesihatan, kuiz terbuka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

UTC (Pusat Transformasi Bandar) merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bertujuan membawa perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

UTC menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat dan beroperasi di luar waktu pejabat dan juga pada hujung minggu kecuali cuti umum.

Matlamat UTC adalah untuk memberikan perkhidmatan ‘cradle-to-grave’ di bawah satu bumbung, daripada proses mendapatkan sijil lahir anak dan perkhidmatan kesihatan kepada penamatan syarikat, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top