BM | EN | 中文

Tempoh terhad sidang DUN Johor, tak semua isu dapat dibahas – Adun Kemelah

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 17 SEPT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemalah, Dr Sulaiman Md Noor berkata, sidang dewan undangan negeri Johor baru-baru tidak memiliki masa yang yang mencukupi untuk membahaskan isu-isu rakyat.

Katanya pada mesyuarat kali ini beliau sendiri tidak berpeluang untuk bangun bertanya secara terus untuk mendapatkan pencerahan susulan bagi perkara-perkara yang perlu lebih perincian disebabkan tempoh perbahasan yang amat terhad.

“Banyak isu yang ingin saya bangkitkan. Namun oleh kerana jumlah soalan terhad kepada enam bagi lisan dan lima bagi soalan bertulis, saya terpaksa memilih mana yang utama.

Advertisement

“Isu lain yang saya bawa, antaranya berkaitan warga Johor yang bekerja di Singapura yang hilang pekerjaan serta tindakan kerajaan terhadap mereka.

“Selain itu isu berkaitan usahawan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bantuan samada dari kerajaan negeri mahupun agensi seperti Majlis Agama Islam Johor serta halatuju industri pertanian pasca Covid-19. Semua jawapan diberi secara bertulis,” katanya.

Sidang Dewan Negeri Johor bagi penggal persidangan ketiga dewan negeri Johor ke-14 berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 September dan 13 September 2020 yang lalu.

Advertisement

Dr Sulaiman terdapat beberapa isu di daerah Segamat secara umumnya untuk dibangkitkan secara terperinci, namun ia hanya sekadar disentuh secara umum.

“Isu daerah Segamat yang sempat saya bawa kali ini adalah status terkini kerja menaiktaraf bekalan elektrik di Pelabuhan Darat Segamat dan usaha kerajaan menaik taraf jalan persimpangan Labis Segamat menuju Felda Selancar khususnya dari Simpang menuju Felda Redong yang sering mendapat aduan pengguna jalanraya.” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top