BM | EN | 中文

Tempoh perjanjian tambak laut antara Melaka-KAJD tamat

Tempoh-perjanjian-tambak-laut-antara-Melaka-KAJD-tamat.png

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

MELAKA, 16 NOV: Perjanjian penambakan laut antara Kerajaan Negeri Melaka dan Syarikat KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) bertarikh 4 Okt 2017 bagi projek di Bandar XLVIII atau lebih dikenali sebagai Melaka Gateway di sini, telah tamat tempoh pada 3 Okt lepas.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ini berikutan KAJD yang juga sebuah syarikat pemaju, didapati gagal menyiapkan projek seluas 246.45 hektar tersebut.

“Satu notis penamatan perjanjian telah dikemukakan kepada pihak syarikat itu pada hari ini dan ia juga dikehendaki menyerahkan tapak projek berkuat kuasa pada notis penamatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Advertisement

“Sehubungan itu, segala urusan berbangkit mengenai tapak projek Melaka Gateway hendaklah berhubung terus dengan Kerajaan Negeri Melaka,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Melaka Gateway merupakan projek pembangunan komersial bercampur-campur bernilai RM43 billion yang merangkumi tiga pulau baharu serta dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top