BM | EN | 中文

Tempoh kuarantin pengembara dari luar negara dipendekkan ke 10 hari

pengembara.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan tempoh kuarantin untuk pengembara yang pulang dari luar negar dipendekkan kepada 10 hari berbanding 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perubahan itu juga dibuat untuk pengurusan ke atas kontak rapat Covid-19.

Katanya ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di kediaman, berkuat kuasa mulai 14 Dis.

Advertisement

Menurut Noor Hisham KKM mengkaji untuk memendekkan tempoh kuarantin selaras dengan situasi semasa Covid-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia.

“Sehingga kini, beberapa negara menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing-masing.

“Negara United Kingdom, Jerman dan Belgium menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, manakala bagi Perancis mengambil tempoh masa kuarantin wajib selama tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah Noor Hisham semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pascakuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.

Katanya kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.

“Justeru berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin negara-negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal semasa, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari.

Advertisement

“Ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top