BM | EN | 中文

Tempoh khidmat ketua masyarakat Cina, India di Johor dilanjut Mac 2020

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Tempoh perkhidmatan bagi 121 orang Ketua Masyarakat Cina dan sembilan orang Ketua Masyarakat India bagi Kampung-Kampung Baru di negeri Johor yang akan tamat pada hujung tahun ini dilanjutkan kepada 31 Mac 2020.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, pelantikan ketua masyarakat baru sesi 2020/2021 bagi kampung-kampung baru negeri Johor akan bermula pada 1 April 2020.

“Seperti sedia maklum, tempoh perkhidmatan bagi 121 orang ketua masyarakat Cina dan sembilan orang ketua masyarakat India bagi kampung-kampung baru negeri Johor yang sedia ada akan tamat pada 31 Disember 2019.

Advertisement

“Dengan erti kata lain, pelantikan ketua masyarakat baru sesi 2020/2021 bagi kampung-kampung baru negeri Johor akan bermula pada 1 April 2020,” kata Tan dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, ketua masyarakat yang tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka boleh menulis surat kepada Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) daerah masing-masing bagi peletakan jawatan mereka

Tan yang juga Adun Jementah berkata, pihak PKP akan memaklumkan perkembangan tersebut kepada kerajaan negeri Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top