BM | EN | 中文

Tempoh khidmat ahli majlis PBT negeri Johor dilanjutkan

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Tempoh perkhidmatan 346 orang ahli-ahli Majlis dan 53 orang whip parti di pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Johor yang akan berakhir pada 31 Disember 2019 akan dilanjutkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan sehingga 31 Mac 2020 melibatkan tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu dari parti AMANAH, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Manakala tempoh perkhidmatan ahli-ahli Majlis dan whip parti yang mewakili parti komponen PH iaitu parti BERSATU dilanjutkan sehingga 30 Jun 2020 disebabkan proses pemilihan parti akan berakhir pada April 2020.

Advertisement

“Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor bertarikh 11 Disember 2019 lalu,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, pelantikan ahli majlis baru bagi sesi 2020/2021 untuk tiga komponen PH iaitu AMANAH, DAP dan PKR akan bermula pada 1 April 2020, manakala parti BERSATU bermula pada 1 Julai 2020.

“Namun, pelanjutan tempoh perkhidmatan ahli-ahli majlis dan whip parti PBT yang sedia ada adalah tertakluk kepada ahli majlis dan whip parti berkenaan yang tidak menerima jawatan sebagai Pengerusi Jawantankuasa Penyelarasan Khas DUN,” kata Tan lagi.

Advertisement

Dalam pada itu beliau berkata, ahli majlis dan whip parti yang tidak berhasrat melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka boleh menulis surat peletakan jawatan kepada Datuk Bandar atau Yang Dipertua PBT masing-masing.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top