BM | EN | 中文

‘Tempoh bertenang’ seminggu di Simpang Renggam

ulu-benut.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 28 APR: Dua buah petempatan di Simpang Renggam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid akan memasuki ‘tempoh bertenang’ selama seminggu.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan yang menjelaskan situasi semasa Covid-19 di negeri Johor.

“Saya ingin memaklumkan bahawa di kawasan tersebut tempoh bertenang selama seminggu akan berkuatkuasa di mana tiada perjalanan keluar dan masuk dibenarkan melainkan pergerakan di dalam kawasan Bandar Baharu Ibrahim Majid sahaja.

Advertisement

“Penduduk di situ juga boleh menjalankan aktiviti harian seperti membeli barang keperluan harian namun pergerakan adalah terhad di dalam
kawasan yang dibenarkan sahaja,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebagai langkah kawalan keselamatan, pemantauan berterusan akan terus dibuat oleh pihak Kementerian kesihatan Malaysia
(KKM) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keadaan di sana terus kekal terkawal serta selamat.

Dalam pada itu, pihak kerajaan juga tidak lagi membekalkan barangan keperluan asas kepada penduduk di kawasan yang pernah dikenakan PKPD.

Advertisement

Namun katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diarahkan untuk memastikan barangan keperluan harian di tujuh buah kedai yang telah dikenalpasti dalam kawasan terbabit mencukupi bagi menampung keperluan penduduk di kawasan tersebut.

“Penduduk masih boleh menghubungi bilik gerakan di Majlis Daerah Simpang Renggan (MDSR) jika ingin mendapatkan keperluan khusus sepanjang tempoh pergerakan terhad ini,” kata Vidyananthan lagi.

Semalam kerajaan Pusat bersetuju supaya PKPD di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid ditamatkan.

Advertisement

Bermakna segala sekatan yang dibuat di kedua-dua kawasan tersebut akan ditarik balik.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top