BM | EN | 中文

Tempahan vaksin AstraZeneca warga emas mulai 23 Mei

astrazeneca.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 18 MEI: Fasa kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela khusus untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas akan dibuka tiga hari bermula 23 Mei ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran janji temu membabitkan 1.1 juta dos vaksin itu diperluaskan untuk penduduk Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, slot tempahan boleh dibuat di laman web rasmi manakala Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga akan melakukan pendaftaran warga emas di kawasan masing-masing.

Advertisement

Selain warga emas, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Invosi, berkata fasa, kedua itu juga akan memberi keutamaan kepada kira-kira 250,000 individu yang berada dalam senarai menunggu fasa pertama vaksin AstraZeneca yang dibuka 2 Mei lalu.

“Selepas 26 Mei, tawaran akan dibuka kepada mereka yang berusia di bawah 60 tahun,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang diadakan secara maya semalam.

Ditanya sama ada Sarawak bersetuju menggunakan vaksin AstraZeneca, Khairy berkata, negeri itu sudah bersetuju dan pihaknya akan berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kaedah pelaksanaan vaksinasi di negeri itu.

Advertisement

Katanya, pihaknya akan membuka tawaran secara dalam talian minggu depan kepada orang ramai seperti pelajar ke luar negara untuk memendekkan jarak antara pengambilan dua dos vaksin AstraZeneca.

Menurutnya, Malaysia menetapkan jarak antara kedua-dua dos itu selama 12 minggu selari dengan kelulusan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan amalan negara lain seperti Australia, Belanda, Finland dan Portugal.

Syor kumpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah antara lapan hingga 12 minggu.

Advertisement

Berhubung laporan media bahawa Indonesia menghentikan penggunaan satu kumpulan vaksin AstraZeneca ekoran berlaku kes kematian, Khairy berkata, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mendapati tiada kesan sampingan serius berlaku di Malaysia.

Malaysia akan meneruskan pemberian vaksin itu, katanya.

Media antarabangsa melaporkan Indonesia menghentikan sementara penggunaan kumpulan CTMAV547 vaksin AstraZeneca susulan kematian seorang lelaki berusia 22 tahun di Jakarta sehari selepas vaksinasi.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top