BM | EN | 中文

Teksi air Sungai Melaka sepanjang 10km dijangka beroperasi 2021

teksi-air-sungai-melaka.png
Advertisement

MELAKA, 7 OKT: Perkhidmatan teksi air sebagai medium pengangkutan awam baharu di negeri ini dijangka akan mula beroperasi di Sungai Melaka selewat-lewatnya pada tahun hadapan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka Datuk Murad Husin.

Beliau berkata pengoperasian perkhidmatan teksi air yang akan meliputi laluan dari Melaka Sentral hingga ke muara Sungai Melaka melibatkan jarak kira-kira 9.6 kilometer itu bagaimanapun bergantung pada status Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua.

“Secara amnya, Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua telah siap tapi ia di luar kawalan kerana projek itu adalah tender di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Advertisement

“Jadi sekarang ini, kami sedang melihat perkara atau masalah yang perlu diselesaikan supaya kami dapat memulakan pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang termasuk perkhidmatan teksi air,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Promosi ‘Oktober 2020 Frontliners dan Keluarga Anda Dihargai’ di atas Kapal Mendam Berahi di sini, Selasa lalu.

Beliau berkata antara isu berkaitan projek berkenaan dengan pelaksanaan perkhidmatan teksi air ialah infrastruktur asas membabitkan kedalaman sungai dan penambahbaikan tebing di sepanjang laluan Sungai Melaka.

Advertisement

Mengulas lanjut, katanya sebuah teksi air mampu menampung 12 penumpang pada satu-satu masa dan beberapa stesen mengambil serta menurunkan penumpang akan diwujudkan di sepanjang laluan terlibat namun jumlahnya masih belum diputuskan.

Ditanya jumlah teksi air yang akan beroperasi, Murad berkata ia bergantung pada sambutan penumpang dan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Sementara itu, beliau berkata beberapa produk pelancongan baharu akan turut dibangunkan sebagai tarikan pelancong ke Melaka antaranya melawat pulau dan night cruise di kawasan pantai.

Advertisement

“Kami juga sedang mempertimbangkan untuk memindahkan operasi Melaka River Cruise dari Taman Rempah ke kawasan lebih selesa khususnya di bawah Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua supaya kami dapat menggunakan fasiliti lebih baharu dan selesa,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top