BM | EN | 中文

TEKSI AIR DITAHAN DI TANJUNG RAMUNIA

teksi-air-1.jpg

KOTA TINGGI, 16 OKT: Maritim Malaysia telah menahan sebuah ‘teksi air’ dari Indonesia di 3.1 batu nautika Tenggara Tanjung Ramunia, di sini.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedilinya (ZMTS), Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, tujuh warga Indonesia berusia 20 hingga 54 tahun ditahan sekitar 4 petang semalam.

“Bot kayu tanpa tanda nama itu yang dinamakan teksi air itu ditahan setelah didapati bergerak dan cuba merapat ke kapal dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan merupakan penumpang dan kru-kru kapal dagang tersebut.

Mohd Zulfadli berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967 kerana terapung-apung dalam keadaan mencurigakan dan Seksyen 26J Atipsom 2007 kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

“Kes juga disiasat dibawah Seksyen 447 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dibaca bersama pekeliling Pelabuhan 67/2017 iaitu Larangan Vesel asing melakukan perkhidmatan dalam Had Pelabuhan,” katanya.

Beliau juga menyeru pengusaha kapal supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

“Ia bertujuan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini dapat ditangani dengan lebih efektif serta mencadangkan mereka menggunakan perkhidmatan marin yang ditawarkan oleh kapal atau bot tempatan berpangkalan di Malaysia.

“Maritim Malaysia sentiasa serius dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan dan tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan demi memastikan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur bebas daripada sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top