BM | EN | 中文

Tekong, pembantu tekong dan lapan PATI ditahan

PATI1-01-scaled.jpg

Antara PATI yang ditahan PPM Wilayah Dua yang ditahan dalam serbuan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Advertisement

KOTA TINGGI, 28 JAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan 10 individu termasuk seorang tekong, seorang pembantu tekong dan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan di Teluk Ramunia, di sini awal pagi hari ini.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira pada jam 1.30 pagi.

“Serbuan yang dibuat atas risikan itu turut menyaksikan PPM Wilayah Dua menahan tekong berusia 46, pembantu tekong 51 dan lapan PATI berusia antara 24 hingga 49 tahun.

Advertisement

“Turut dirampas termasuklah sebuah bot pancung dan enjin sangkut. Mereka dipercayai dalam perjalanan keluar dari Malaysia menuju ke negara asal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kesemua tangkapan dan rampasan akan disabitkan dibawah Akta ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Tambah Abdul Rahman, PPM W2 akan terus menerjah dan membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan terutamanya yang menjadikan perairan negara dan pesisir pantai sebagai laluan mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top