BM | EN | 中文

Tekong dan tiga pendatang tanpa izin ditahan di Sedili Kechil, Kota Tinggi

Op-Benteng-Sedili-Kechil-Johor.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 4 OKT: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan seorang tekong warga tempatan dan tiga pendatang tanpa izin dari Indonesia menerusi Op Benteng di Sedili Kechil, Johor tengah malam tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan semua yang ditahan berusia 31 hingga 57 tahun.

“Semasa rondaan Tim Quick Reaction Force (QRF) di sekitar Pantai Tanjung Buluh telah melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota HIlux dalam keadaan mencurigakan dan diletakkan di bahu jalan sekitar 12 tengah malam.

Advertisement

“Hasil soal siasat mendapati pemandu berusia 32 tahun itu sedang menunggu pendatang tanpa izin dan mengarahkannya untuk menunjukkan lokasi mereka,” demikian menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga pendatang tanpa izin berkenaan pula ditahan di lokasi Ladang Belukar Durian sekitar 12.30 tengah malam.

Menurut kenyataan itu, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan lebih RM73,700 melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux, telefon bimbit dan wang tunai.

Advertisement

Kesemuanya individu berkenaan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top