BM | EN | 中文

TEKONG BOT WARGA VIETNAM CUBA SOGOK PENGUATKUASA

IMG-20191011-WA0011.jpg
Advertisement

MERSING, 11 OKT: Tekong bot warga Vietnam yang mengendalikan bot nelayan tempatan cuba menyogok penguatkuasa Maritim Malaysia selepas dikesan menangkap ikan menggunakan kaedah renjatan elektrik di perairan Pulau Tokong Burung di Kuala Rompin, Pahang.

Namun cubaan merasuah itu gagal dan warga Vietnam itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi Selasa lalu dalam Ops Jaksa, hasil maklumat risikan dan aduan orang ramai, kata Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah

“Bot dalam dalam keadaan mencurigakan itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Advertisement

Alat perenjat elektik yang dirampas

“Hasil pemeriksaan mendapati kru bot berkenaan gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah dan tidak mematuhi syarat sah lesen iaitu alat perenjat elektrik.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, tekong tersebut juga cuba memberi sogokan berjumlah RM600 bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Haris Fadzillah berkata seramai enam awak-awak dan seorang tekong yang kesemuanya warga Vietnam berusia dalam lingkungan 27 hingga 48 tahun ditahan dan diserahkan kepada APMM Pos Tanjung Gemok untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Menurutnya, mereka akan disiasat mengikut  Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Mersing.

“Kita menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 dan  MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top