BM | EN | 中文

TEKNOLOGI DIGITAL, PUPUK CINTA NEGARA DI KALANGAN GENERASI MUDA

YB-Zul-Hari-sukan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 SEPT : Kerajaan perlu lebih kreatif untuk berdepan dengan generasi muda sebagai usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor,  Dzulkefly Ahmad berkata, oleh itu, wadah kemudahan teknologi digital boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kemerdekaan kepada golongan belia.

“Antara usaha yang dilaksanakan termasuklah penganjuran Majlis Pelancaran MyMerdeka bersama Jabatan Penerangan Malaysia di Mydin Mall, Mutiara Rini, baru-baru ini.

Advertisement

“Program itu memaparkan pameran berbentuk digital seperti VR (visual reality) dan aplikasi smartphone yang mana ia dapat menarik minat golongan muda khususnya,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Hari Malaysia peringkat DUN Kota Iskandar di Taman Universiti dekat Skudai, di sini, pagi tadi.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat DUN Kota Iskandar itu julung kali diadakan dan dicadangkan akan dijalankan secara tahunan.

Advertisement

Tujuannya bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan perpaduan kepada orang ramai khususnya penduduk kawasan berkenaan.

Ujar Adun Kota Iskandar itu lagi, berikutan itu, pameran berbentuk digital seperti VR perlu diketengahkan lagi pada program lain di masa akan datang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top