BM | EN | 中文

TEKANKAN IR 4.0 DALAM BELANJAWAN 2020

maszlee-malik-fail.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi penekanan terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober depan, melihat kepada keperluan dalam mendepani revolusi digital ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kementeriannya terus komited memenuhi aspirasi pendidikan iaitu untuk menawarkan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat.

“KPM akan memberi penekanan terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam banyak perkara di peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti”.

Advertisement

“Kita ingin mempersiapkan mahasiswa kita dengan kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan untuk menjadi lebih berdaya saing di pasaran kerja,”.

“Kita juga ingin memastikan bidang Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi sebahagian daripada benda penting untuk dibawa dalam bajet kali ini.

Belanjawan 2020 bertemakan Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Advertisement

Tema ini mencerminkan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan berkualiti untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi yang mana pertumbuhan dapat dirasai setiap lapisan masyarakat.

 

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top