BM | EN | 中文

Team Prihatin Mersing tawar bantuan permudah urusan jenazah semasa PKP

IMG-20200417-WA0004.jpg

Pengasas Team Prihatin, Syahrul Nizam Zainal (kanan) memutuskan pasukannya bersedia menghulurkan bantuan bagi memudahkan urusan jenazah Islam yang meninggal dirumah dalam tempoh PKP bagi sakit biasa. 

Advertisement

MERSING 17 APRIL : Persatuan kebajikan prihatin Mersing atau lebih dikenali Team Prihatin bersedia menghulurkan bantuan bagi memudahkan urusan jenazah Islam yang meninggal dirumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi sakit biasa.

Pengasas Team Prihatin, Syahrul Nizam Zainal berkata, perkara itu telah diputuskan oleh pasukannya untuk membantu memudahkan urusan waris yang menghadapi kesukaran mengurus jenazah ahli keluarga mereka di rumah.

“Kita bersedia menghulurkan bantuan dari segi kenderaan van jenazah dan takungan mandi mudah alih bagi memudahkan urusan jenazah dirumah.

Advertisement

“Selain itu, kita juga bersedia menghulurkan bantuan lain seperti penyediaan kain kafan dan barangan kelengkapan pengurusan dengan harga berpatutan dalam tempoh PKP ini,”katanya kepada Johorkini.

Syahrul Nizam berkata, pihak Team Prihatin juga akan meminta nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis supaya semua urusan jenazah dapat berjalan lancar.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan serta maklumat lanjut boleh hubungi talian 019-5355002

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada masyarakat supaya redha atas ujian yang melanda negara sekarang

“Kita turut merasa sedih dan berdukacita atas musibah ini dan mendoakan agar semuanya selesai tidak lama lagi serta akan mendapat rahmat, perlindungan dan nikmat Allah SWT.

“Saya juga mendoakan semoga keluarga mangsa korban virus Covid -19 diberi kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian juga ketentuan daripada Allah,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top