BM | EN | 中文

TEAM PRIHATIN ENDAU BERGERAK SERAH SUMBANGAN KEPADA MANGSA, PETUGAS BANJIR

team-prihatin.jpg
Advertisement

MERSING, 17 DIS : Badan bukan kerajaan (NGO), Team Prihatin yang diasaskan bagi membantu penduduk Endau turut tidak melepaskan peluang membantu mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Pengasasnya, Syahrul Nizam Zainal berkata, bantuan dikumpulkan itu adalah hasil sumbangan barangan dan dana dari penduduk Endau sendiri, individu dan orang perseorangan untuk diagihkan kepada mangsa yang ditimpa musibah itu.

“Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di kawasan Endau dan lebih dari 100 keluarga yang terlibat. Jadi kami mengambil inisiatif menyerahkan sumbangan berbentuk barang makanan dan minuman yang dikumpukan ini diserahkan terus kepada mangsa yang ditimpa bencana,”katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Tambahnya, pada kelmarin, Team Prihatin juga telah mengedarkan lebih 500 botol air mineral kepada mangsa dan petugas di sekitar PPS di kawasan Endau.

Jelasnya, semalam, pihak Team Prihatin turut mengedarkan sebanyak 300 botol minuman susu segar farm fresh dan pelbagai makanan termasuk biskut dan lain-lain barangan keperluan buat mangsa di semua PPS di kawasan Endau.

“Selain bantuan barangan, Team Prihatin yang telah diasaskan sejak awal tahun lepas itu turut membantu mereka yang dalam kesusahan termasuk menguruskan jenazah muslim di kawasan Endau,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top