BM | EN | 中文

Tawaran kursus Diploma dengan yuran fleksibel di KYPJ

kypj.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 MAC: Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) menawarkan kursus pengajian diploma dengan yuran fleksibel bagi merealisasikan impian untuk melanjutkan pengajian.

Bertepatan dengan visi universiti untuk menawarkan pembelajaran dengan yuran berpatutan, KYPJ turut menawarkan asrama percuma selama satu semester bagi pengambilan April 2020.

Terdapat pelbagai kursus pengajian diploma yang ditawarkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) antaranya Diploma Pengurusan Teknologi, Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) dan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)

Advertisement

Bagi program dengan usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), antara kursus yang ditawarkan KYPJ ialah Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan dan Pra-Perdagangan.

Manakala lapan program dalaman KYPJ yang ditawarkan iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektronik, Diploma Senibina, Diploma Rekabentuk Dalaman, Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Diploma Pengurusan Perhotelan, Diploma Seni Kulinari dan Diploma Perkhidmatan Makanan.

Menurut KYPJ, program-program tersebut turut mendapat pengiktirafan UiTM dan UTM serta akreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Advertisement

Kepada mereka yag berminat dan ingin mengetahui lanjut mengenai program-program yag ditawarkan boleh mengubungi KYPJ di talian 07-862 5655/56 atau melayari laman web KYPJ di pautan berikut www.kypj.edu.my.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top