BM | EN | 中文

Taska percuma ringankan beban petugas barisan hadapan di Selangor

Suasana-pusat-jagaan-anak-anak-petugas-barisan-hadapan-di-Hospital-Banting.png

Suasana pusat jagaan anak-anak petugas barisan hadapan di Hospital Banting (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 23 JAN: Petugas barisan hadapan negeri ini tidak perlu bimbang keselamatan anak-anak mereka selepas Kerajaan Selangor mewujudkan khidmat pusat jagaan sementara.

Wakil rakyat Permatang, Selangor Rozana Zainal Abidin ketika berkata Inisiatif Cakna Anak Petugas Barisan Hadapan, sebahagian Pakej Kita Selangor langkah tepat ketika petugas berusaha memerangi pandemik Covid-19.

“Bukan hanya nyawa masyarakat di bahu mereka, sebaliknya tanggungjawab sebagai ibu bapa juga perlu dipikul, namun mereka tidak perlu khuatir apabila taska dan pusat jagaan sementara ini dibuka,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Terdahulu, kerajaan Selangor melaksanakan inisiatif tersebut secara percuma untuk tempoh dua bulan bermula 25 Januari bagi meringankan beban petugas hadapan yang berusaha menangani penularan Covid-19.

Inisiatif melibatkan pembukaan dan operasi taska serta pusat jagaan di hospital awam juga premis sementara bakal memanfaatkan hampir 400 keluarga petugas hadapan seluruh negeri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top