BM | EN | 中文

Tarik semula RUU 342, runding dengan semua pihak

lim-kit-siang-khairy-jamaluddin-.jpg

Grafik Ehsan Malaysiakini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan menghancurkan kredibiliti dan masa hadapan politik beliau sekiranya beliau memaksa pindaan rang undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit pada esok.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, RUU itu bersifat drakonian dan tidak berasaskan kepada sains dengan peruntukan denda dan kompaun berjuta ringgit yang melampau dan hukuman penjara sehingga tujuh tahun yang keterlaluan.

“Pemaksaan kelulusan RUU Pindaan Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang drakonian dan tidak saintifik pada hari Khamis ini akan menjadi satu hari yang memalukan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, perkara itu hanya akan membuktikan dua perkara, iaitu ia berlawanan dengan apa yang dikatakan beliau sebelum ini bahawa rakyat Malaysia perlu belajar untuk hidup bersama dengan wabak Covid-19 memandangkan kita tidak dapat menghapuskan penyakit ini.

Kedua katanya, tidak ada apa-apa pun yang telah berubah walaupun Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan empat orang pemimpin Pakatan Harapan, yang sepatutnya membawa masuk satu bentuk kerajaan yang lebih banyak melibatkan rundingan dengan semua pihak.

Menurut beliau, Khairy perlu menarik semula rang undang-undang pindaan itu dan berunding dengan semua pihak, bukan sahaja setakat ahli-ahli Parlimen dan parti-parti politik, tetapi juga semua badan perubatan dan badan-badan bukan kerajaan mengenai RUU tersebut.

Advertisement

“Jika beliau tidak mahu berhadapan dengan kemungkinan RUU ini ditolak dengan belah bahagi (kejadian belah bahagi pertama selepas MOU dimeterai) dan kemudiannya perlu dibentangkan semula dalam persidangan Parlimen yang akan datang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top