BM | EN | 中文

Tarik pengiktirafan ijazah Lim Kok Wing jejas reputasi Malaysia

Dr-Ramakrishnan.jpg

Dr Ramakrishnan

Advertisement

SEGAMAT, 12 MEI: Penarikan pengiktirafan ijazah Universiti Lim Kok Wing mempertaruhkan reputasi dan pertumbuhan jangka panjang institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Adun Bekok, S Ramakrishnan memetik laporan mengenai ijazah dari Universiti Lim Kok Wing yang tidak diakui dan ia katanya menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab badan kawal selia pendidikan tinggi di negara ini.

“Malaysia sering mengiklankan bahawa kita memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam sistem pendidikan tinggi yang berkualiti dan setaraf antarabangsa.

Advertisement

“Selain universiti awam, negara kita mempunyai 28 universiti swasta dan 22 kolej universiti yang menawarkan pelbagai kursus dan program pascasiswazah.

“Keadaan ini menimbulkan rasa keraguan dan ketakutan dalam kalangan pelajar Lim Kok Wing.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak efektif dalam memantau penyampaian kursus dan program di institusi pengajian tinggi,” kata Ramakrishnan dalam satu kenyataan.

Advertisement

Ujarnya, pendidikan tinggi di Malaysia dikatakan diatur dengan baik di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menjaga kualiti kursus yang disediakan IPTA dan IPTS.

Katanya, jaminan dan akreditasi MQA disokong oleh perundangan lain seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pengajian Tinggi Nasional 1996 dan Akta universiti & Kolej Universiti 1996 (pindaan 2009).

Kata Ramakrishnan, dasar itu telah memberikan kepercayaan terhadap jaminan taraf pendidikan ini dengan 100,000 pelajar asing telah mendaftar di universiti swasta dan kolej universiti Malaysia.

Advertisement

“Setiap tahun laporan kemajuan tahunan dihantar oleh institusi-institusi ini ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Oleh yang demikian, KPT dapat mengetahui kemajuan di setiap institusi pengajian ini.

“Jika terdapat perkara yang memerlukan maklumat lanjut atau penjelasan maka Kementerian boleh bertanya dengan institut berkenaan.

“KPT dapat memantau kualiti dan jika memerlukan sebarang pembaharuan boleh disarankan kepada institusi berkenaan,” kata Ramakrishnan lagi.

Advertisement

Justeru itu katanya, KPT perlu bersuara mengenai masalah ini dan tidak patut menyembunyikannya daripada pengetahuan rakyat.

:KPT harus membawa isu ini kepada pengetahuan umum dan memberi amaran kepada semua pihak yang berkepentingan supaya mereka dapat mengambil perhatian terhadap isu ini dan dapat membuat perubahan yang sewajarnya,” kata Ramakrishnan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top