BM | EN | 中文

Tapir jantan ditemui mati di jalan Sedili-Tenggaroh, dipercayai dilanggar

Tapir-jantan-mati-dilanggar-kenderaan-berat-sedili-tenggaroh.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APR: Seekor tapir jantan ditemukan mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Sedili-Tenggaroh dekat Kota Tinggi, semalam, insiden kedua membabitkan mamalia itu di negeri ini dalam tempoh kira-kira dua minggu

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata bangkai tapir dewasa seberat 250 kilogram itu ditemukan pada kira-kira 10.40 pagi oleh orang awam.

“Dipercayai tapir jantan itu mati akibat dilanggar kenderaan berat kerana tiada sebarang serpihan kenderaan yang berkenaan ditemukan di lokasi dan kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurut Salman, pada 27 Mac lepas, seekor tapir jantan seberat 300 kg ditemukan mati di Jalan Mersing – Jemaluang berdekatan Institut Latihan Perindustrian Mersing, juga dipercayai akibat dilanggar.

“Dalam kejadian tersebut juga tiada kenderaan yang terlibat dikesan di tempat kejadian,” katanya

Salman berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak tujuh ekor tapir mati akibat dilanggar dengan enam kes berlaku dalam tempoh Januari hingga Februari.

Advertisement

Terdahulu, Salman dilaporkan Bernama menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar yang kebanyakannya telah dipasang dengan papan tanda amaran bagi membendung kejadian sedemikian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top