BM | EN | 中文

Tapir betina diselamatkan Perhilitan Johor di Mersing

Tapir-betina-diselamatkan-Perhilitan-Johor-di-Mersing.jpg
Advertisement

MERSING, 30 APR: Seekor tapir betina seberat 300 kilogram berjaya diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor selepas memasuki perangkap yang dipasang di Felda Tenggaroh 5 di sini, kelmarin.

Pengarahnya Salman Saaban berkata, perangkap tersebut dipasang sejak 17 Februari lepas susulan aduan daripada orang ramai berhubung tapir yang didakwa dalam keadaan kurang sihat itu sering berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan.

“Kami menerima aduan tapir berkenaan memasuki perangkap kira-kira 8.30 pagi dan operasi menyelamat dijalankan oleh 12 orang kakitangan daripada Perhilitan Mersing, Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang dan Santuari Gajah Johor.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati tapir tersebut berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami luka di bahagian kulit kepala yang tidak serius (melecet) serta boleh dilepaskan ke habitat liar yang baharu,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Salman berkata kerja-kerja memindahkan tapir dari dalam perangkap ke dalam kotak pemindah mengambil masa kira-kira 20 minit bermula 9.30 pagi.

Salman berkata tapir tersebut kemudiannya dibawa ke Pejabat Perhilitan Mersing untuk rawatan lanjut oleh doktor veterinar jabatan.

Advertisement

“Seterusnya, operasi pemindahan tapir ke Taman Negara Endau Rompin telah dijalankan pada hari sama bermula 9 malam dan tamat sepenuhnya 4 pagi tadi.

“Usaha ini diharap dapat menyelamatkan spesies tapir di negeri ini yang untuk rekod, dua ekor tapir telah mati akibat dilanggar kenderaan, tahun ini,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top