MUAR, 4 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kesukaran memadam kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah Bukit Bakri, di sini.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran
Pegawai Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Jefri Jamal memberitahu, operasi itu disertai seramai 12 pegawai dan anggota bomba.
“Kebakaran yang berlaku membabitkan kawasan seluas 200 kaki persegi dan setakat ini baru 10 peratus kawasan kebakaran yang telah dipadamkan.
“Operasi pemadaman api berhadapan kesukaran ekoran keadaan angin kuat yang mempercepatkan kebakaran di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Tambahnya, operasi masih dijalankan sehingga kini.
JohorKini