BM | EN | 中文

Tapak pelupusan sampah berkeluasan enam ekar terbakar

IMG-20200202-WA0022.jpg

Tapak pelupusan sampah berkeluasan enam ekar di Jalan Nibong, Tanjung Langsat yang terbakar hari ini.

Advertisement

PASIR GUDANG, 2 FEB : Sebuah tapak pelupusan sampah berkeluasan enam ekar di Jalan Nibong, Tanjung Langsat, di sini terbakar, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 4.11 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Turut membantu dalam operasi 10 anggota Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan tiga anggota Jabatan Alam Sekitar menjadi jumlah keseluruhan kekuatan seramai 20 orang.

“Manakala, bantuan lojistik melibatkan satu excavator MPPG untuk operasi pemadaman,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan enam ekar itu difahamkan telah bermula sejak jam 4.25 pagi

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top